Tukang Bumbung KL & Selangor 2026: Upah & Cara Pilih
Panduan JMBEnglishSebut Harga
Kalis Air & Bumbung Bocor

Tukang Bumbung
Upah, Cara Pilih & Harga KL–Selangor (2026)

Bumbung bocor dan anda tengah cari tukang bumbung yang boleh dipercayai? Halaman ini senaraikan upah pasaran 2026 untuk setiap jenis kerja bumbung, beza sebenar antara tukang jalanan dan kontraktor berdaftar, soalan wajib tanya sebelum bagi kerja, dan macam mana ClickBina buat kerja bumbung di seluruh KL & Selangor dengan harga tetap bertulis dan Waranti 6 Bulan Tidak Bocor.

Tukang bumbung membaiki bumbung genting rumah teres di Lembah Klang
Upah tukang bumbung di Lembah Klang 2026: tampal titik bocor atau ganti beberapa keping genting RM500–RM800, baiki flashing atau valley RM600–RM1,500, re-screw bumbung zink RM500–RM1,500, ganti kepingan zink RM800–RM3,000 — dengan caj minimum sekitar RM500 untuk mana-mana kerja atas bumbung (anggaran 2026, Lembah Klang). Beza terbesar bukan harga, tapi siapa anda upah: tukang jalanan tanpa waranti, atau kontraktor berdaftar dengan harga tetap bertulis, gambar sebelum-selepas dan Waranti 6 Bulan Tidak Bocor. Panduan ini tunjukkan cara pilih yang betul.

Bila anda perlukan tukang bumbung (vs tukang rumah biasa)

Tukang rumah am boleh settle macam-macam — pasang lampu, silikon sinki, baiki pintu. Tapi kerja atas bumbung ialah bidang lain terus. Tukang bumbung tahu mana boleh pijak (pijak genting salah tempat, anda tambah tiga lagi titik bocor), faham laluan air di bawah genting dan zink, dan datang dengan tangga, tali dan pekerja kedua atas sebab keselamatan. Panggil tukang bumbung khusus bila: siling menitis waktu hujan, genting nampak anjal atau retak dari bawah, zink dah berkarat, atau bumbung dah 15 tahun tak pernah disemak. Untuk kerja kecil dalam rumah — langsir, pintu, sinki — lihat panduan tukang rumah →; halaman ini fokus 100% pada kerja bumbung. Kalau masalah anda lebih kepada resapan dinding atau bilik air bocor, itu skop kontraktor kalis air →.

Tukang jalanan vs kontraktor berdaftar: beza sebenar

Bila bumbung bocor, dua jenis “tukang repair bumbung” akan muncul dalam carian dan flyer anda. Harga nampak sama pada mulanya — bezanya muncul bila ada masalah:

PerkaraTukang jalanan / flyerKontraktor berdaftar
HargaSebut lisan, kerap naik bila dah atas bumbungBertulis dan tetap sebelum kerja mula
DiagnosisAgak-agak dari bawah, terus bagi hargaNaik semak dulu, tunjuk gambar kerosakan sebenar
WarantiJanji mulut — nombor senyap bila bocor balikWaranti bertulis atas nama syarikat
BahanSealant paling murah untuk semua bendaBahan dan gred dinyatakan dalam sebut harga
KeselamatanSensorang, selipar, tiada taliDua pekerja, akses dan prosedur yang betul
Kalau ada masalahIndividu yang boleh hilang terusEntiti yang boleh dijejak dan dituntut

Upah tukang jalanan memang selalunya lebih murah atas kertas — sebab anda tak bayar untuk waranti, insurans dan bahan yang betul. Bila tampalan murah tu gagal musim tengkujuh depan, anda bayar kali kedua, tambah kos siling kapur yang dah rosak.

Upah tukang bumbung 2026: jadual harga ikut kerja

Ini kadar pasaran Lembah Klang untuk kerja bumbung yang paling biasa (anggaran 2026, Lembah Klang) — angka yang sama kami guna dalam panduan kos baiki bumbung bocor →:

Jenis kerjaAnggaran upah
Tampal titik bocor / ganti beberapa keping gentingRM500 – RM800
Ganti genting kawasan lebih luasRM800 – RM2,000
Baiki flashing atau valleyRM600 – RM1,500
Re-screw dan sealant bumbung zinkRM500 – RM1,500
Ganti kepingan zink / metal deck rosakRM800 – RM3,000
Waterproofing coating bumbung konkritRM8 – RM20 sekaki persegi
Ganti bumbung penuh (rumah teres)RM20,000 – RM50,000+

Ramai yang tanya harga upah repair bumbung dikira sehari ke, sejam ke. Untuk kerja am, pasaran memang ada kadar sejam RM40–RM150 atau pakej separuh hari RM180–RM350 — tapi kerja bumbung hampir selalu dikira ikut kerja, dengan caj minimum sekitar RM500: setiap kerja atas bumbung perlukan pengangkutan, tangga atau scaffolding, dan sekurang-kurangnya dua pekerja atas sebab keselamatan. Versi BI penuh senarai harga ada dalam roof repair cost → (panduan penuh dalam BI), dan untuk kerja waterproofing berasaskan keluasan boleh kira anggaran sendiri dengan kalkulator kos waterproofing →.

“Tukang bumbung near me” — cara pilih yang betul di KL & Selangor

Taip “tukang bumbung near me” dan Google akan lempar iklan, direktori dan nombor yang entah siapa punya. Jarak sebenarnya bukan faktor paling penting — kontraktor yang 20 minit jauh dengan waranti bertulis jauh lebih selamat daripada tukang sebelah lorong tanpa resit. Yang patut anda semak: adakah dia memang buat kerja di kawasan anda (bukan sekadar senarai kawasan dalam iklan), balas WhatsApp cepat dengan soalan yang menunjukkan dia faham masalah, sanggup datang semak dulu sebelum bagi harga muktamad, dan ada gambar kerja sebelum-selepas yang boleh ditunjuk. Tukang baiki bumbung bocor yang bagus akan tanya jenis bumbung, umur rumah dan bila bocor berlaku — bukan terus sebut harga tanpa tengok apa-apa.

7 soalan wajib tanya sebelum bagi kerja

Guna senarai ini pada mana-mana kontraktor baiki bumbung — termasuk kami. Tukang yang bagus tak takut soalan:

  • “Boleh bagi harga tetap bertulis sebelum kerja mula?”
  • “Apa punca bocor saya, dan macam mana anda sahkan?” — jawapan patut merujuk pemeriksaan, bukan “dah lama, kena buat semua”.
  • Bahan apa yang akan diguna?” — jenama sealant, jenis genting ganti, gred skru.
  • “Ada waranti bertulis? Berapa lama dan apa yang dilindungi?”
  • “Boleh tunjuk gambar kerja serupa yang pernah dibuat?”
  • “Berapa deposit, dan bila baki perlu dibayar?” — elak bayaran penuh depan-depan.
  • “Apa yang TAK termasuk dalam harga ni?” — kerja siling dalam, pelupusan sisa, scaffolding.

Tanda quote terlalu murah (modus tukang atas bumbung)

Ada satu modus klasik yang kami jumpa berulang kali: tukang sebut RM300 tanpa naik semak, sampai rumah terus panjat, kemudian jerit dari atas — “bos, teruk ni, semua dah reput!” — dan harga melonjak ke RM3,000 masa anda paling tak berdaya nak kata tidak. Variasinya: tampal ala kadar dengan sealant murah, kutip tunai, dan hilang sebelum hujan seterusnya. Tanda-tanda amaran: harga diberi dari bawah tanpa naik bumbung; jauh lebih murah daripada dua tiga quote lain; tiada waranti bertulis dan tiada resit; minta bayaran penuh sebelum mula; dan tukang yang “kebetulan buat kerja kawasan ni” muncul selepas ribut. Membaiki bumbung bocor dengan betul ada kos minimum yang munasabah — quote yang terlalu cantik selalunya jadi paling mahal akhirnya.

Skop kerja tukang bumbung ClickBina

Pasukan bumbung kami buat semua kerja atas bumbung rumah teres, semi-D, banglo dan extension di Lembah Klang:

  • Bumbung genting — ganti genting retak atau anjal, repoint rabung, baiki valley dan underlayment. Butiran dalam panduan atap genting bocor →.
  • Bumbung zink / metal deck — re-screw dan washer baru, seal lap joint, ganti kepingan berkarat, rust-seal coating. Butiran dalam panduan atap zink bocor →.
  • Flashing & pertemuan bumbung-dinding — titik bocor paling popular rumah teres dengan extension.
  • Bumbung konkrit rata — waterproofing coating dan membrane.
  • Gutter & saluran hujan — cuci, baiki dan ganti.

Kalau punca sebenar rupanya bilik air tingkat atas dan bukan bumbung — benda ni kerap berlaku — kami cakap terus terang dan tawarkan penyelesaian yang betul, contohnya PU injection RM650 flat; lihat panduan waterproofing bilik air →.

Waranti 6 Bulan Tidak Bocor — apa dilindungi

Setiap kerja baiki bocor ClickBina disertakan Waranti 6 Bulan Tidak Bocor secara bertulis: kalau kawasan yang kami baiki bocor semula dalam tempoh 6 bulan, kami datang dan baiki semula percuma — tiada caj lawatan, tiada caj bahan. Yang dilindungi ialah kawasan dan skop kerja yang dinyatakan dalam sebut harga; titik bocor baru di bahagian bumbung lain atau kerosakan akibat pokok tumbang ialah kerja berasingan — dan kami akan terangkan bezanya dengan gambar, bukan sekadar cakap. Waranti bertulis mengubah insentif: kami rugi kalau kerja gagal, jadi kami ada setiap sebab untuk buat betul kali pertama.

Proses dari WhatsApp ke siap kerja

  1. WhatsApp gambar — snap bumbung dari luar dan kesan bocor di siling, hantar dengan nama kawasan anda. Kami balas anggaran awal, selalunya dalam masa sejam waktu bekerja.
  2. Lawatan & naik semak — kami naik bumbung, ambil gambar kerosakan sebenar, dan tunjuk pada anda.
  3. Harga tetap bertulis — skop, bahan dan harga penuh sebelum kerja mula. Tiada caj mengejut separuh jalan.
  4. Kerja siap + waranti — gambar sebelum-selepas untuk setiap kerja atas bumbung (sebab kami tahu anda takkan naik semak sendiri), kawasan dibersihkan, waranti bertulis di tangan anda.

Kawasan liputan

Kami cover seluruh KL dan Selangor: KL bandar, Cheras, Kepong, Setapak, Ampang, Bangsar, Mont Kiara, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Puchong, Seri Kembangan, Kajang, Bangi, Cyberjaya, Gombak, Selayang, Rawang dan kawasan sekitar. Kalau kawasan anda dalam Lembah Klang tapi tak tersenarai, WhatsApp je — kemungkinan besar kami sampai. Slot musim tengkujuh (November hingga Februari) penuh paling cepat, jadi kalau bumbung dah menunjukkan tanda, jangan tunggu hujan lebat pertama. Panduan penuh bocor dan kalis air dalam Bahasa Malaysia ada di hub panduan BM kami →.

Soalan Lazim

Berapa upah tukang bumbung sehari?
Kerja bumbung jarang dikira sehari — ia dikira ikut kerja, sebab skop menentukan bahan, akses dan bilangan pekerja. Sebagai rujukan, tukang am pasaran caj RM40–RM150 sejam atau RM180–RM350 separuh hari, tapi untuk bumbung angka yang lebih berguna ialah harga ikut kerja: tampal titik bocor atau ganti beberapa keping genting RM500–RM800, re-screw bumbung zink RM500–RM1,500 (anggaran 2026, Lembah Klang).
Apa beza harga tukang jalanan dengan kontraktor berdaftar?
Tukang jalanan selalunya sebut harga lebih murah sebab anda tak bayar untuk waranti, insurans, bahan yang betul dan pekerja kedua. Risikonya: harga lisan yang naik bila dah atas bumbung, tampalan sealant murah yang gagal musim hujan depan, dan nombor telefon yang senyap bila anda nak tuntut. Kontraktor berdaftar bagi harga tetap bertulis dan waranti atas nama syarikat yang boleh dijejak — itu yang anda bayar.
Perlu bayar deposit ke sebelum kerja mula?
Untuk kerja kecil, kebanyakan kontraktor (termasuk kami) tak perlukan deposit — bayar selepas siap. Untuk kerja besar yang melibatkan material banyak seperti ganti kepingan zink atau re-roof, deposit munasabah untuk material adalah normal, dengan baki selepas siap. Yang patut dielak: bayaran penuh sebelum kerja mula, atau deposit besar kepada tukang tanpa resit dan nama syarikat.
Kerja kecil macam ganti sekeping genting pun ada caj minimum ke?
Ya — caj minimum pasaran sekitar RM500 (anggaran 2026, Lembah Klang), walaupun kerosakan cuma sekeping genting atau satu lubang skru. Sebabnya: setiap kerja atas bumbung melibatkan pengangkutan, tangga atau scaffolding, dan sekurang-kurangnya dua pekerja atas sebab keselamatan. Kos ini sama tak kira saiz kerosakan — sebab tu berbaloi kumpulkan beberapa kerja kecil dalam satu lawatan.
Berapa lama kerja baiki bumbung ambil masa?
Kerja kecil seperti tampal titik bocor atau ganti beberapa keping genting biasanya siap separuh hari hingga sehari. Kerja sederhana seperti baiki flashing, re-screw satu bumbung zink atau ganti kepingan ambil satu hingga dua hari. Ganti bumbung penuh dikira dalam minggu, ikut saiz rumah dan cuaca. Kontraktor yang betul akan bagi anggaran masa bertulis sekali dengan harga.
Musim hujan boleh baiki bumbung ke?
Boleh — kerja dirancang ikut tingkap cuaca, biasanya pagi sebelum hujan petang, dan kerja atas bumbung dihentikan bila permukaan basah atas sebab keselamatan. Untuk kes kecemasan waktu tengkujuh, langkah biasa ialah tampalan sementara dulu supaya siling tak terus rosak, kemudian repair penuh bila cuaca mengizinkan. Sebab tu juga slot musim tengkujuh penuh cepat — jangan tunggu bocor jadi teruk.
Macam mana nak claim Waranti 6 Bulan Tidak Bocor?
Mudah je: WhatsApp nombor yang sama dengan gambar kebocoran dan alamat anda. Kami datang semak — kalau titik bocor berada dalam kawasan dan skop kerja yang kami baiki, dan masih dalam tempoh 6 bulan, kami baiki semula percuma tanpa caj lawatan atau bahan. Sebab tu waranti kami bertulis dengan skop yang jelas: supaya tuntutan pun jelas, tak jadi tarik tali.

Perlukan Bantuan untuk Hartanah Strata Anda?

WhatsApp kami butiran hartanah anda — kami balas dalam masa sejam.

WhatsApp ClickBinaRead in English